Jumaat, 15 Ogos 2008

Pelacuran - Kuala Lumpur (Jalan Pudu) OGO

KUALA LUMPUR - Siapa sangka di sebalik kemeja-T dan bercermin mata, gadis berambut perang warga Uzbekistan itu rupa-rupanya bekerja memuaskan nafsu lelaki saban malam.


Dia antara tujuh wanita warga asing berusia 17 tahun hingga 38 tahun yang ditahan dalam serbuan di sebuah hotel bajet di Jalan Pudu awal pagi semalam.

Pegawai Turus Cawangan Pencegahan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Supritendan Aida Mohamed berkata, kegiatan pelacuran itu dikesan berselindung di sebalik operasi pusat rawatan spa.

Menurutnya, ketika serbuan pukul 11 malam dianggotai dua pegawai dan 10 anggota itu, kebanyakan wanita itu sibuk melayan pelanggan di beberapa bilik.

"Mereka berselindung di sebalik operasi sebuah pusat spa di tingkat bawah bangunan dengan mengenakan bayaran RM120 hingga RM250 untuk seks,'' katanya.

Serbuan itu menyaksikan tujuh wanita warga asing termasuk warganegara Vietnam, Indonesia, Filipina serta China ditahan.

"Kesemuanya tidak memiliki permit kerja, sebaliknya menggunakan pas lawatan sosial," katanya. - Sumber